Selasa, 01 Juni 2010

Cara Instalasi Linux Ubuntu 9.04 (Jaunty Jackalope)

Artikel ini akan menerangkan langkah-langkah untuk memasang Ubuntu 9.04 ke dalam komputer anda. Sebaik-baiknya anda menggunakan hard disk kosong yang khas untuk membuat pemasangan Ubuntu. Jika tidak mempunyai hard disk kosong, anda boleh juga menggunakan hard disk yang telah ada Windows dan dokumen lain di dalamnya, namun pastikan anda membuat backup terhadap Windows serta dokumen-dokumen tersebut sebagai langkah berjaga-jaga.

Pengenalan Ubuntu 9.04

Ubuntu adalah sebuah OS yang berdasarkan Linux. Versi baru bagi Ubuntu dikeluarkan setiap 6 bulan. Jadi, Ubuntu 9.04 bermakna ia dikeluarkan pada April 2009. Kelebihan utama Ubuntu (serta OS Linux yang lain) adalah percuma, dan anda bebas untuk melihat serta mengubah source code yang terkandung di dalamnya. Anda juga tidak perlu risau akan masalah virus dalam Linux kerana ancamannya adalah sangat sedikit (baca: hampir tiada).

Oleh kerana Ubuntu adalah percuma, anda boleh download fail ISO terus dari laman web Ubuntu. Kemudian,burn fail ISO ini ke dalam CD untuk menggunakannya.


Langkah-langkah Install Ubuntu 9.04

  1. Terlebih dahulu, tetapkan boot sequence supaya komputer anda boleh boot dari CD-ROM.
  2. Hidupkan komputer, dan terus masukkan CD Ubuntu. Skrin pertama yang anda akan lihat adalah pilihan bahasa untuk proses pemasangan. Pilih English dan tekan Enter.
    jaunty-01
  3. Di sini, anda boleh memilih samada untuk menjalankan Live CD Ubuntu. Live CD ini membenarkan anda mencuba Ubuntu terlebih dahulu tanpa perlu install apa-apa ke dalam komputer. Pilih “Try Ubuntu without any change to your computer” untuk mencuba Live CDUbuntu, dan teruskan ke langkah 4. Sekiranya anda ingin terus memasang Ubuntu, pilih “Install Ubuntu” dan teruskan ke langkah 5.
    jaunty-02
  4. Di sini anda boleh memandu uji Ubuntu untuk menguji kesesuaiannya dengan komputer anda. Jika anda sudah puas mencuba dan ingin memasang Ubuntu, klik pada ikon Install.
    jaunty-04
  5. Skrin Install yang pertama akan dipaparkan. Klik pada butang Forward.
    jaunty-05
  6. Pilih zon masa (zon kita: Kuala Lumpur) dari peta yang diberikan, dan klik pada butang Forward.
    jaunty-06
  7. Pilih keyboard layout (biasanya English) dan tekan butang Forward.
    jaunty-07
  8. Pada skrin ini, anda dikehendaki menetapkan ruang pada hard disk anda. Pilihan adalah seperti berikut.
    • Pilih “Install them side by side, choosing between them each startup” sekiranya anda ingin dual-boot dengan Windows.
    • Pilih “Use the entire hard disk” sekiranya anda menggunakan hard disk kosong yang khas untuk pemasangan Ubuntu.
    • Pilih “Use the largest continous free space” sekiranya anda mempunyai ruang yang tidak berformat dalam hard disk.
    • Pilih “Specify partitions manually” untuk menetapkan partition secara manual. Bagi pengguna berpengalaman sahaja.

    Setelah memilih, klik pada butang Forward.

    jaunty-08
  9. Masukkan nama, nama log in, password, serta nama bagi komputer anda. Klik pada butang forward.
    jaunty-09
  10. Ubuntu kini telah sedia untuk dipasang. Klik pada butang forward.
    jaunty-10
  11. Proses pemasangan akan berjalan. Tunggu hingga ianya selesai.
    jaunty-11
  12. Setelah tamat, klik pada butang Restart Now. Setelah restart, anda sudah boleh mula menggunakan Ubuntu anda.
    jaunty-12

Sejarah Linux Ubuntu


Linux adalah salah satu sistem operasi yang menyita banyak perhatian para pengguna komputer di seluruh dunia. Tapi tahukah Anda dari mana asalnya Linux itu sendiri ???

Adalah seorang mahasiswa berkebangsaan Filandia yang merupakan orang pertama yang menemukannya. Linus Torvalds, demikianlah nama penemunya. Tak heran jika Linux dipakai menjadi nama operating system seperti nama penemunya. Agustus 1991, Linus mengerjakan versi 0.01. Dan pada tahun yang sama, tepatnya pada tanggal 5 October 1991, secara resmi meluncurkan versi 0.02.

Sejarah Linux Ubuntu.

Ubuntu berasal dari bahasa Afrika yakni “Humanity to Others” yang berarti “Kemanusiaan Untuk Sesama”. Atas dasar itulah diluncurkannya Linux Ubuntu yang dirilis pada tahun 2004. Sistem operasi ini adalah merupakan turunan dari sistem operasi linux yang lain, yakni Debian.

Ubuntu itu sendiri dibuat dengan tujuan : selalu gratis tanpa adanya biaya lisensi, bersifat open source (kode terbuka), dan siap untuk dipergunakan dalam kondisi yang stabil. Ubuntu didukung oleh perusahaan bernama Canonical, Ltd yang memiliki tujuan untuk membantu perkembangan, distribusi, dan promosi dari produk-produk yang bersifat open source (kode terbuka). Perusahaan ini bermarkas di Eropa dan dipimpin oleh seseorang bernama Mark Shuttleworth.

Sejak pertama kali diluncurkan, Ubuntu mendapat perhatian yang sangat besar dari pengguna Linux yang lain. Hal ini disebabkan karena kestabilan yang dimiliki oleh Ubuntu itu sendiri. Selain itu kenyamanan dan kemudahan yang dimiliki Ubuntu menjadi daya tarik yang besar bagi pengguna Linux di seluruh belahan dunia.

Adapun versi Ubuntu yang telah dirilis dan telah beredar adalah sebagai berikut :
1) Versi 4.10 (Warty Warthdog).
2) Versi 5.04 (Hoary Hedgedog).
3) Versi 5.10 (Breezy Badger).
4) Versi 6.06 (Drapper Drake).
5) Versi 6.10 (Edgy Eft).
6) Versi 7.04 (Feisty Fawn).
7) Versi 7.10 (Gutsy Gibbson).

Beberapa waktu yang lalu, Ubuntu telah meluncurkan versi terbaru mereka yakni Ubuntu 8.04 (MID Edition).

Penasaran dengan fiture terbaru mereka ??? Jangan ketinggalan ikuti terus perkembangannya dan rasakan sendiri nikmatnya berselanjar di Ubuntu.

Untuk keterangan lebih lanjut mengenai Ubuntu, silahkan kunjungi www.ubuntu.com danwww.canonical.com.